Monday, January 3, 2011

Tahun Baru. Harga barang baru atau lama.......

            Assalamuallaikumwarahmatullah....... Tahun baru datang lagi. Pelbagai perkara dirasai. Pakaian anak sekolah baru, buku rekod mengajar baru, kalendar baru, azam baru dan sabagainya baru belaka. Semua orang suka akan sesuatu yang baru, tetapi ramai yang rasa risau, gelisah dan tertanya-tanya adakah petunjuk kekurangan bekalan minyak masak di pasaran sekarang sebagai satu lambang bahawa harga minyak masak juga akan menjadi "Harga Baru" selepas beberapa ketika.
            Walaupun janji Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harga tidak akan naik, Timbalan Menterinya memberitahu bekalan mencukupi tetapi disebabkan belian panik maka stok cepat habis. Bagi yang belum sempat membuat belian panik kerana bekalan memang tidak ada sejak seminggu lepas, tentulah lagi panik. Memang mudah berjanji seperti kata Menterinya sikit masa dahulu bahawa minyak petrol tidak akan dinaikkan sehingga 31 Disember 2010. Belum sampai 31 Disember minyak pertrol dah naik. Itu yang amat merisaukan kami yg tak sempatpun membuat belian panik.
            Harapan baru kita di tahun baru ini agar harga barangan tidak menjadi harga baru amat tinggi. Dalam kemeriahan segala barang baru yang perlu dibeli terutama untuk anak-anak yang bersekolah janganlah dikejutkan pula dengan Harga Baru barang-barang terutamanya barangan keperluan. Fenomena di negara kita mudah aje, kalau satu-satu barang nak dinaikkan harga, barang itu mesti akan habis di pasaran, selepas dinaikkan harga berlambak pulak barang tersebut.....
Sekian, fikir-fikirkan dan selamat beramal.