Monday, August 19, 2013

Assalamuallaikum,
Selamat Hari Raya Aidil fitri bagi Tahun 2013. Lama rasanya dah tak menulis.

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru. Harga barang baru atau lama.......

            Assalamuallaikumwarahmatullah....... Tahun baru datang lagi. Pelbagai perkara dirasai. Pakaian anak sekolah baru, buku rekod mengajar baru, kalendar baru, azam baru dan sabagainya baru belaka. Semua orang suka akan sesuatu yang baru, tetapi ramai yang rasa risau, gelisah dan tertanya-tanya adakah petunjuk kekurangan bekalan minyak masak di pasaran sekarang sebagai satu lambang bahawa harga minyak masak juga akan menjadi "Harga Baru" selepas beberapa ketika.
            Walaupun janji Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harga tidak akan naik, Timbalan Menterinya memberitahu bekalan mencukupi tetapi disebabkan belian panik maka stok cepat habis. Bagi yang belum sempat membuat belian panik kerana bekalan memang tidak ada sejak seminggu lepas, tentulah lagi panik. Memang mudah berjanji seperti kata Menterinya sikit masa dahulu bahawa minyak petrol tidak akan dinaikkan sehingga 31 Disember 2010. Belum sampai 31 Disember minyak pertrol dah naik. Itu yang amat merisaukan kami yg tak sempatpun membuat belian panik.
            Harapan baru kita di tahun baru ini agar harga barangan tidak menjadi harga baru amat tinggi. Dalam kemeriahan segala barang baru yang perlu dibeli terutama untuk anak-anak yang bersekolah janganlah dikejutkan pula dengan Harga Baru barang-barang terutamanya barangan keperluan. Fenomena di negara kita mudah aje, kalau satu-satu barang nak dinaikkan harga, barang itu mesti akan habis di pasaran, selepas dinaikkan harga berlambak pulak barang tersebut.....
Sekian, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Thursday, December 16, 2010

Tahun Baru, azampun baru...

         Assalamuallaikumwarahmatullah........ Tahun baru, azampun baru. Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya dan akan menjelang pula tahun 2011. Semua org akan menanamkan azam yang berkobar-kobar utk dipenuhi kerana tidak dapat dipenuhi pada tahun ini.
Namun....
         Ramai yang lupa. sebenarnya kita sebagai muslim telahpun menyambut tahun baru Hijrah baru-baru ini, tetapi kenapa perlu tunggu hingga 31 Disember 2010 barulah kita ingin membuka buku baru. Sepatutnya buku baru sudah dibuka dan kita terus melangkah menjalani hari-hari mendatang dengan penuh rasa kesyukuran dan mengingati Allah sepanjang masa.
         Saya tertarik dengan ceramah agama semalam dalam TV1, seorg ustazah ada menyebut, umat Islam sekarang ini tidak mengenali Musuh Islam itu sendiri. Musuh Islam sekarang membuat pelbagai perkara dari segi hiburan, pakaian, cara hidup, makanan malahan ubat-ubatan dalam usaha mereka merosakkan akidah umat Islam. Kita marahkan USA kerana belagak sebagai polis dunia dan menzalimi saudara kita di Iraq, Afganistan, Palestin (Bersekongkol dgn Yahudi laknatullah) dan di seluruh dunia, tetapi dalam masa yang sama kita mengagung-agungkan artis barat, movie barat, cara berpakaian ala barat, makanan ala barat, minuman ala barat dan kehidupan ala barat.
         Bagaimana kita nak melawan musuh kita sedangkan kita mengikut semua program yg direncanakan mereka. Sebagai contoh yang amat jelas program realiti nyanyian, bukan sahaja peserta yang terlibat menangis apabila terkeluar, malahan peminat-peminat serta ibu bapa serta ahli keluarga turut menangis tanpa tahu apa tujuannya. Bila ditanya kenapa menangis...jawapan yg paling senang, tentulah sedih sangat tengok dia terkeluar....
         Tapi sedarkah kita berapa ramai yang menangis apabila sujud ke hadratNya. Apabila melakukan ibadah sembahyang menyembah Allah, berapa kerat daripada kita yang menangis, takut-takut amalan kita tidak diterima kerana kealpaan kita, kerana nafsu kita, kerana dosa-dosa yang telah kita perbuat....
         Saudara-saudariku yang dikasihi, jadikanlah tahun baru hijrah ini sebagai hari kita membersihkan diri kita daripada segala kemungkaran yang kita tidak sedar, kerana kita sentiasa dibisikkan oleh Syaitan dan Iblis yg mana mereka akan sentiasa menggoda kita ke arah kemaksiatan. Mereka sentiasa menghembuskan dalam hati kita bahawa kita tidak pernah berdosa, walaupun terang-terangan kita mengabaikan solat, mengumpat dan mengata, tidak berpuasa, makan rasuah dsgnya.
         Sekian utk kali ini, kita jumpa lagi insyaallah....

Monday, December 13, 2010

BAJU MUSLIMAH DESIGN BARU



Baju Muslimah, busana yang menjadi pilihan ramai Muslimah sekarang ini menawarkan Pelbagai Design yang menarik mengikut perkembangan terkini. Kini Baju Muslimah edaran Syarikat Riezaku Enterprise mempunyai ciri-ciri moden dan kontemperari. kebanyakan design baru kelihatan seolah-olah Blaus yang ringkas dan menarik. didatangi dengan pelbagai saiz dan warna yang menarik.....

Thursday, October 28, 2010

Karnival 1 Sekolah 1 Malaysia


          Karnival ini akan diadakan bertujuan untuk mengutip Dana bagi Pembangunan IT sekolah. Kepada semua pelajar, bekas pelajar, guru dan bekas guru serta masyarakat keseluruhannya di sekitar Port Dickson dan kawasan2 persekitaran malahan seluruh Negeri Sembilan di jemput hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut. Karnival ini juga menjemput seluruh rakyat Malaysia yang berkelapangan pada hari Sabtu dan Ahad (13 dan 14 November 2010).

         Antara artis yang bakal hadir Aizat AF, Adibah Noor, Nubhan dan Awie. Antara pertandingan yang akan diadakan adalah Karaoke, Pertandingan Bayi Sihat, Pertandingan Melukis, Pertandingan Mengubah Bunga, Pertandingan Golf (20 November di PD Golf Club), Jamuan Makan Malam Amal, Pertandingan Kawad Kaki, Pameran Proton, Syarikat-syarikat terkenal di Seluruh Malaysia seperti Karangkraf, Mamee, Adabi, Proton, Bank2, Kolej-kolej Pengajian Tinggi, Derma Darah anjuran Hospital Daerah Port Dickson dan lain-lain lagi.

        Karnival ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan. Selain itu akan dilancarkan e-kehadiran Sekolah Menengah Bukit Saujana oleh Syarikat RA Tecnologies.

         Kepada syarikat-syarikat dan individu yang berminat bolehlah menghubungi urusetia di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana untuk keterangan lanjut, juga boleh terus menghubungi saya di no. 013- 7782655, Sekian terima kasih.

Tuesday, October 26, 2010

SAAT-SAAT GENTING YANG PENTING

          Assalamuallaikumwarahmatullahhiwabarakatuh......

Kepada semua pelajar-pelajar Upper six SMKBS 2010 yang akan menempuh peperiksaan STPM 2010 yang akan bermula pada pukul 8.00 pagi 23 November 2010 untuk subjek Pengajian Am 2.
Semoga anda semua bersedia dengan hati yang tenang dan dada yang lapang.... Bagi cikgu segala apa yang telah diperbincangkan akan menjadi azimat berguna untuk awak curahkan pada hari tersebut. hanya iringan doa dapat kupanjatkan agar semua pelajar dapat menjawab kertas tersebut dengan tenang, tepat dan betul serta jitu. SELAMAT MENJAWAB DIUCAPKAN.