Thursday, December 16, 2010

Tahun Baru, azampun baru...

         Assalamuallaikumwarahmatullah........ Tahun baru, azampun baru. Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya dan akan menjelang pula tahun 2011. Semua org akan menanamkan azam yang berkobar-kobar utk dipenuhi kerana tidak dapat dipenuhi pada tahun ini.
Namun....
         Ramai yang lupa. sebenarnya kita sebagai muslim telahpun menyambut tahun baru Hijrah baru-baru ini, tetapi kenapa perlu tunggu hingga 31 Disember 2010 barulah kita ingin membuka buku baru. Sepatutnya buku baru sudah dibuka dan kita terus melangkah menjalani hari-hari mendatang dengan penuh rasa kesyukuran dan mengingati Allah sepanjang masa.
         Saya tertarik dengan ceramah agama semalam dalam TV1, seorg ustazah ada menyebut, umat Islam sekarang ini tidak mengenali Musuh Islam itu sendiri. Musuh Islam sekarang membuat pelbagai perkara dari segi hiburan, pakaian, cara hidup, makanan malahan ubat-ubatan dalam usaha mereka merosakkan akidah umat Islam. Kita marahkan USA kerana belagak sebagai polis dunia dan menzalimi saudara kita di Iraq, Afganistan, Palestin (Bersekongkol dgn Yahudi laknatullah) dan di seluruh dunia, tetapi dalam masa yang sama kita mengagung-agungkan artis barat, movie barat, cara berpakaian ala barat, makanan ala barat, minuman ala barat dan kehidupan ala barat.
         Bagaimana kita nak melawan musuh kita sedangkan kita mengikut semua program yg direncanakan mereka. Sebagai contoh yang amat jelas program realiti nyanyian, bukan sahaja peserta yang terlibat menangis apabila terkeluar, malahan peminat-peminat serta ibu bapa serta ahli keluarga turut menangis tanpa tahu apa tujuannya. Bila ditanya kenapa menangis...jawapan yg paling senang, tentulah sedih sangat tengok dia terkeluar....
         Tapi sedarkah kita berapa ramai yang menangis apabila sujud ke hadratNya. Apabila melakukan ibadah sembahyang menyembah Allah, berapa kerat daripada kita yang menangis, takut-takut amalan kita tidak diterima kerana kealpaan kita, kerana nafsu kita, kerana dosa-dosa yang telah kita perbuat....
         Saudara-saudariku yang dikasihi, jadikanlah tahun baru hijrah ini sebagai hari kita membersihkan diri kita daripada segala kemungkaran yang kita tidak sedar, kerana kita sentiasa dibisikkan oleh Syaitan dan Iblis yg mana mereka akan sentiasa menggoda kita ke arah kemaksiatan. Mereka sentiasa menghembuskan dalam hati kita bahawa kita tidak pernah berdosa, walaupun terang-terangan kita mengabaikan solat, mengumpat dan mengata, tidak berpuasa, makan rasuah dsgnya.
         Sekian utk kali ini, kita jumpa lagi insyaallah....

Monday, December 13, 2010

BAJU MUSLIMAH DESIGN BARU



Baju Muslimah, busana yang menjadi pilihan ramai Muslimah sekarang ini menawarkan Pelbagai Design yang menarik mengikut perkembangan terkini. Kini Baju Muslimah edaran Syarikat Riezaku Enterprise mempunyai ciri-ciri moden dan kontemperari. kebanyakan design baru kelihatan seolah-olah Blaus yang ringkas dan menarik. didatangi dengan pelbagai saiz dan warna yang menarik.....